Tuesday, January 1, 2019

Scrabble C





''IF PLAN A DIDN'T WORK, THE ALPHABET HAS 25 MORE LETTERS! STAY COOL.''







KURSUS : SCRABBLE
KOD KURSUS : DRS2171
NAMA PENSYARAH : PN. SAZILA BINTI IBRAHIM
NAMA KUMPULAN : AROHA :)



KATA-KATA ALUAN
Alhamdulillah, saya merafakkan penuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya menghulurkan sepenuh penghargaan kepada Pn. Sazila Binti Ibrahim, pensyarah bagi persatuan Scrabble kami, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Beliau juga telah banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan dengan saya yang turut membantu dalam mencari maklumat untuk dikongsikan bersama. Tanpa kerjasama mereka, pasti sukar untuk kami menyelesaikan tugasan ini bersama. Jutaan terima kasih juga turut diberikan kepada rakan-rakan yang lain yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang turut memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Kami turut memperoleh pelbagai ilmu dalam menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal generasi muda untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Dalam kehidupan ini, kita perlu merancang aktiviti untuk menjayakannya. Namun, tidak semua orang mengetahui untuk mengurus sesuatu aktiviti dengan cara yang efektif. Oleh itu, kami turut kagum dengan kaedah yang digunakan oleh pensyarah iaitu menghantar tugasan ini melalui blog. Dengan itu, kami berpeluang mempelajari cara membuat blog sendiri di samping belajar untuk mengurus aktiviti dengan lebih baik. Justeru itu, haruslah mahasiswa tergolong dalam orang yang sentiasa merancang sesuatu perkara dengan baik dan sistematik.



PENGENALAN
Saya dan rakan-rakan saya telah diberi tugasan untuk diselesaikan dalam bentuk kumpulan.Nama diberi Nur Dini Binti Fadhil Latiffi (01DEE18F1026), Wan Nur Intan Fatihah Binti Suhaimi (01DEP18F1076) dan Iliy Nurulatikah Binti Zanaro (01DEE18F1054). Nama kumpulan kami ialah Aroha. Kami menamakan kumpulan kami Aroha kerana memberi maksud kehebatan memimpin, memperoleh kejayaan tersendiri, dan memberi kita motivasi untuk menjadi lebih baik dalam setiap perkara. Kami merupakan pelajar-pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 








 IILIY NURULATIKAH BINTI ZANARO

(01DEE18F1054)



                         WAN NUR INTAN FATIHAH BINTI SUHAIMI (01DEP18F1076)


    







 NUR DINI BINTI FADHIL LATIFFI
                                                                                     (01DEE18F1026)


Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris). Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang. Scrabble dijual di 121 negara dalam 29 versi bahasa di dunia. Seratus juta set permainan Scrabble terjual di seluruh dunia, dan setiap tiga keluarga di Amerika memiliki satu set permainan Scrabble.




TUGASAN  1, PENYEDIAAN BLOG : 2 Januari 2019
Para pelajar diberi tugasan untuk membuat blog secra berkumpulan pada 2 januari 2019 melalui aplikasi whatsapps berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah.

Berikut merupakan bukti tugasan ini diberikan :

  


1.DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang berkesan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai orentasi kestabilan. Selain itu, proses melakukan sesuatu aktiviti secara cekap dan berkesan. 

Dalam konteks pengurusan aktiviti, kita perlu mengetahui tentang cara merancang aktiviti, kaedah penyediaan kertas kerja dan kaedah menulis laporan aktiviti. Namun, ramai pelajar yang masih tidak mengetahui cara mengurus aktiviti dengan sistematik dan baik. Oleh yang demikian, kebanyakan aktiviti yang dijalankan mengalami masalah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Pengurus dan orang-orang yang terlibat juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Dengan melakukan pengurusan aktiviti dengan baik, semua data aktiviti yang telah berlalu dapat disimpan dan dirujuk semula di masa akan datang. Ia juga mungkin dapat menggantikan kertas kerja manual yang sedia ada. Seterusnya, membantu melicinkan proses perakuan serta kelulusan aktiviti. Di samping menggantikan laporan manual sedia adaia juga boleh dijadikan sumber rujukan pelajar bagi tujuan resume. Selain itu, merekodkan pencapaian anugerah berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Akhir sekali, bagi sesebuah institusi, pengurusan rekod aktiviti pelajar amat penting bagi penilaian masa hadapan. Oleh itu, kami akan memberi sedikit penerangan tentang cara mengendalikan aktiviti dengan lebih baik.


2.MERANCANG AKTIVITI
  • Menetapkan matlamat dan objektif.
  • Menentukan cara mencapai aktiviti tersebut.
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat.
  • Menentukan tugas yang perlu dijalankan.
  • Membina dan merancang organisasi yang lengkap - mengenal pasti objektif aktiviti, menjelaskan dengan baik, menyelaras aktiviti, mengikut kepakaran dengan sesuai.
  • Mencipta dan mengekalkan suasana aktivit yang berkesan - hubungan yang baik, komunikasi yang  baik, maklumat tepat dan lengkap.
  • Mengawal aktivti tersebut dengan baik - tanggungjawab, sepakat, keputusan yang baik dan tepat.
  • Pengurus memainkan peranan penting menjalankan tugas dan tanggungjawabnya - organising, staffing, leading, controlling.
Selain itu, pengurus perlu mengetahui cara untuk organise dengan betul. Organise ialah mengumpulkan aktiviti yang perlu untuk mencapai objektif dan menugaskan kepada seseorang berserta dengan authoriti untuk menguruskannya. Ia juga meliputi menetapkan kerja yang hendak dilakukan, membuat struktur dan meperuntukkan sumber-sumber. Sebagai contoh, bidang kawalan, persamaan tugas dan mengamanahkan autoriti. 

Beberapa butiran penting dalam merancang aktiviti terdapat dalam contoh berikut.


3. MENGATUR KERJA 

1. Mengetahui Objektif 
  • Kerja-kerja yang terlibat
  • Jenis kakitangan
  • Bilangan yang terlibat
  • Tempat dan bentuknya
  • Alat-alat dan kelengkapan yang diperlukan
  • Jumlah wang yang dikehendaki

2. Senaraikan Aktiviti-Aktiviti Yang Terlibat
  • Memungut hasil
  • Menyimpan kira-kira
  • Taip menaip
  • Penguatkuasaan
  • Surat menyurat
  • Fail memail

3. Membentuk Struktur
  • Carta organisasi
  • Bidang kawalan
  • Perhubungan kerja
  • Penetapan peraturan-peraturan
  • Senarai tugas

4. Mendapatkan Sumber
  • Tempat
  • Manusia
  • Alat-alat
  • Mesin
  • Bahan
  • Wang
  • Memastikan pembekalan

5. Memperuntukkan Sumber
  • Manusia - Sesuai dengan kerja yang dilakukan
  • Alat-alat - Sesuai dengan pekerja dan kerja yang dilakukan
Dengan ini, kemahiran dalam mengurus aktiviti mungkin dapat ditingkatkan, produktiviti juga mungkin akan meningkat berserta dengan motivasi untuk diri supaya mengekalkan dan meningkatkan usaha dalam menjayakan sesuatu aktiviti dengan perancangan yang baik dan sistematik. Hubungan dan komunikasi sesama sendiri juga dapat dipupuk dengan baik hasil daripada kejayaan merancang dan mengatur aktiviti dengan baik.


4.KAEDAH PENYEDIAAN KERTAS KERJA
  1. Tajuk kertas kerja ---- tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat ataupun objektif program yang hendak dilaksanakan.
  2. Tujuan ---- nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada : makluman, perbincangan dan lain-lain serta nyatakan kepada siapa dikemukakan. Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti, bantuan pengangkutan, peralatan, kemudahan dan kewangan
  3. Pengenalan / Pendahuluan ---- latar belakang aktiviti. Jika aktiviti melibatkan kerjasama pihak luar, maklumkan kepentingan dan beri justifikasi.
  4. Impak Aktiviti --- kepada pelajar, masyarakat atau negara.
  5. Maklumat projek ---- tarikh, hari, masa, tempat, tema dan kerjasama mana-mana pihak.
  6. Objektif ----- nyatakan objektif atau maklumat yang ingin dicapai.
  7. Penyertaan ---- nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar, masyarakat umum atau lain-lain.
  8. Penganjur ---- carta organisasi, struktur organisasi dan peranan ahli jawatankuasa.
  9. Aturcara program ---- nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara perasmian dan penutup dengan memasukkan maklumat terperinci.
  10. Sokongan ---- perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Penasihat/ Pengurus, mana yang berkenaan bagi tujuan komen dan pandangan berserta sokongan.
Berikut merupakan contoh menulis minit mesyuarat.


5. KAEDAH MENULIS LAPORAN AKTIVITI

1. Nama Aktiviti -- Nyatakan nama projek / program  yang telah dijalankan.

2. Bidang 

3. Pendahuluan -- Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program ;)

4. Tarikh Aktiviti -- Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan.

5. Masa 

6. Tempat -- Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana dahulu didatangi.

7. Anjuran 
  •  Nama penganjur (persatuan/ majlis dan sebagainya). 
  •  Kerjasama (namakan badan-badan/ agensi-agensi terlibat). 
  • Terangkan kenapa memilih agensi-agensi tersebut serta peranannya.
8. Perasmi Pembukaan*


9. Perasmi Penutupan*
*Jika ada / berkaitan
Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi serta simbolik perasmian.  

10. Kumpulan Sasaran

11. Kehadiran -- Nyatakan audien / peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah (penyertaan) yang disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya.

12. Laporan
  • Perjalanan aktiviti secara ringkas
  • Jika melibatkan pertandingan laporkan mengenai hakim,keputusan
  • Jika melibatkan agensi lain - sila nyatakan
  • Kewangan - punca, urusan wang masuk dan keluar
  • Dapatan - Berjaya dan ulasan tentang kekuatan, Tidak berjaya dan ulasan tentang kelemahan.
  • Cadangan Penambahbaikan
  • Tanda tangan - Disediakan atau disemak
Bahagian ini merupakan bahagian yang 'kritikal' untuk seorang Setiausaha / Timb. Setiausaha laporkan. Secara mudah, laporan perjalanan program ini meliputi perkara sebelum, semasa (paling penting), dan sebaik sahaja program tamat. Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah yang berlaku, aktiviti lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di Sampel Laporan Projek.

13. Lampiran
  • Kertas kerja / Pelan operasi
  • Minit mesyuarat program - cabutan dari minit mesyuarat pengurusan, kurikulum, panitia atau minit mesyuarat yang dijalankan sebelum aktiviti.
  • Buku aktiviti / Pamplet
  • Pamplet dari agensi lain yang terlibat
  • Surat terlibat - ibu bapa, penceramah, penaja, PPD, PIBG
  • Contoh borang-borang yang digunakan
  • Gambar
  • CD gambar yang diambil sepanjang aktiviti
  • Video - jika ada
  • Lain-lain yang diperlukan
Gambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna yang penting yang berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di penghujung program serta di susun mengikut tertib tadi. 

14. Implikasi Kewangan 
 i. Pendapatan - Nyatakan dengan jelas anggaran pendapatan seperti yuran peserta, sumbangan luar / penaja dan lain-lain (jika ada) beserta jumlah keseluruhan. 

ii. Perbelanjaan - Nyatakan dengan jelas perbelanjaan seperti : 
● Makan/ minum meliputi jamuan perasmian/penutup dan jamuan VIP. 
● Pentadbiran meliputi percetakan /urusan pos/urusetia dll,
● Logistik meliputi tempat /penginapan /pengangkutan /peralatan audio visual dll. 
● Cenderahati meliputi cenderahati perasmi/ penceramah/ honorarium penceramah/ ahli panel. 
● Publisiti meliputi kain pemidang (banner/bunting) / latar belakang pentas (backdrop)/ poster/ flyers. 
● Perlindungan Takaful kelompok untuk aktiviti berisiko tinggi seperti aktiviti di dalam hutan, mendaki gunung dan aktiviti air. 

 iii. Jumlah Keseluruhan - Nyatakan dengan jelas jumlah keseluruhan implikasi kewangan program.

Bil
Perkara
Jumlah
1.


Jumlah Kesuluruhan


Berikut merupakan contoh cara menganalisis kewangan aktiviti.

15. Penilaian Projek / Aktiviti

Berikut merupakan beberapa cara untuk melakukan penilaian, membuat laporan aktiviti dan post-mortem.
  •  Sama ada mencapai objektif atau tidak
  •  Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
  • Cadangan memperbaiki
Bahagian ini pula bahagian yang 'kritikal' untuk Ketua AJK atau Bahagian yang diwujudkan dalam organisasi AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi tujuan post-mortem serta rujukan akan datang. Ketua perlulah melaporkannya dengan jujur dan tepat untuk memudahkan perbincangan penambah baikkan pada masa akan datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan tentang kejayaan penganjuran sesuatu program itu diukur, diteliti dan ditentukan.

16. Pengesahan / Pengesyoran

 
Berikut merupakan contoh untuk cara penyediaan laporan aktiviti


KESIMPULAN
Oleh yang demikian, sebagai kesimpulan, setiap aktiviti memerlukan seorang pengurus. Seorang pengurus haruslah menggerakkan kejayaan pencapaian matlamat organisasi dengan menggunakan manusia, wang dan sumber yang terhad. Beliau juga haruslah melaksanakan tugas berdasarkan prinsip dan perintah yang telah ditetapkan. Pengurusan dan perancangan yang baik adalah penting untuk memastikan matlamat aktiviti tercapai dengan jayanya, memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi, memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam organisasi digunakan secara berkesan. Selain itu, ia dapat memastikan semua sumber dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur, ia juga memastikan tiada pembaziran sumber dalam pengurusan. Dengan ini, kita dapat melakukan dan menjayakan sesebuah aktiviti dengan lebih baik dan lebih sistematik. 


RUJUKAN 
  • https://www.slideshare.net/musry13011/bbpp1103-topik-4?next_slideshow=1
  • https://www.slideshare.net/melecha/contoh-laporan?next_slideshow=1
  • https://www.academia.edu/4642077/PANDUAN_PENYEDIAAN_KERTAS_KERJA
  • http://jomrekreasi.blogspot.com/2008/09/format-penyediaan-kertas-kerja.html?m=1
  • https://www.slideshare.net/si_iqbal/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia?next_slideshow=1
  • file:///C:/Users/nurd2/Downloads/panduan-penyediaan-kertas-kerja-aktiviti-luar-mentoring.pdf
  • https://www.slideshare.net/amirulnazrin1967/merancang-mengurus-kerja
  • file:///C:/Users/nurd2/Downloads/20171202170754SLIDE_AKTIVITI.pdf



LATIHAN SCRABBLE : 9 Januari, 16 Januari dan 13 March 2019
Setiap pelajar diminta untuk bermain scrabble atas tujuan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dalam menyusun ayat sekali gus dapat menjana pemikiran para pelajar dengan lebih baik. Di samping itu, masa yang terluang juga dapat dimanfaatkan dengan baik. Ini merupakan salah satu latihan bagi setiap pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang ini. Latihan ini diadakan di L12 makmal di jabatan kejuruteraan elektrik pada jam 4 hingga 6 petang. 

Berikut merupakan bukti berserta gambar yang dapat dikumpulkan pada hari tersebut:

           

                                 

 

                           



TUGASAN 2, KERTAS KERJA : 13 Februari 2019 
Pensyarah kursus ini telah memberikan satu tugasan pada 13 Februari 2019 iaitu hari Rabu melalui aplikasi whatsapps kepada para pelajar bagi menyediakan satu kertas kerja berdasarkan tajuk yang diberi :
      
         1. Kertas Kerja Hari Sukan
         2. Kertas Kerja Hari Keluarga

Para pelajar boleh memilih salah satu daripada tajuk yang diberikan. Tugasan ini merupakan tugasan secara berkumpulan. Para pelajar diminta untuk membuat kertas kerja ini berdasarkan format yang telah diberikan oleh pensyarah :
  • Nama kumpulan, no matriks berserta kelas
  • Tarikh
  • Pensyarah kursus
  • Pengenalan
  • Tujuan
  • Objektif
  • Maklumat aktiviti
  • Tentatif Program
  • Anggaran Perbelanjaan
  • Ahli Jawatankuasa
  • Penutup
  • Pengesahan/Tandatangan
Para pelajar juga diminta untuk menyelitkan contoh kertas kerja semasa tugasan ini dilakukan. Tugasan ini dihantar pada 20 Februari 2019. Selain itu, pensyarah telah memberikan satu format kertas kerja yang perlu dipatuhi di dalam portal politeknik iaitu cidos. 

Berikut merupakan link bagi format yang telah diberikan oleh pensyarah :



KUIZ 1 : 28 Februari 2019
Pada 28 Februari 2019 yang lalu, pensyarah telah membuka satu peluang kepada para pelajar untuk menambah markah dalam kursus ini iaitu kuiz. Kuiz ini telah dibuka di dalam portal politeknik iaitu cidos pada jam 11 hingga 12 tengah hari sahaja. Pembukaan kuiz ini telah dinyatakan di dalam aplikasi whatsapps. Kuiz ini dibuka kepada sesiapa yang mahu merebut peluang ini. Oleh itu, siapa yang menjawab kuiz ini pada masa yang telah ditetapkan, maka markah akan diberikan. Bak kata orang putih "First come first serve" yang bermaksud, siapa dahulu datang, dia yang akan dapat sesuatu perkara itu. 

Gambar di bawah merupakan bukti pembukaan kuiz ini dilakukan :




PERBINCANGAN TENTANG PERTANDINGAN TERTUTUP SCRABBLE : 6 March dan 14 March 2019
Memandangkan pertandingan tertutup Scrabble diadakan pada 23 March 2019, pensyarah telah mengadakan perbincangan pada 6 March dan 14 March 2019. Perbincangan ini diadakan bagi melancarkan program tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku pada hari tersebut. Antara perkara yang telah dibincangkan ialah :
  • Ahli Jawatankuasa
  • Tentatif program
  • Anggaran Perbelanjaan
  • Tempat
  • Masa
  • Tarikh dan Hari
  • Makanan dan minuman
  • Peralatan yang diperlukan
  • Pemplet 
Berikut  merupakan gambar yang berkaitan :




PERTANDINGAN TERTUTUP SCRABBLE  :  23 March 2019

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Scrabble diadakan bagi membuka ruang kepada semua pelajar untuk memahami dan menghayati permainan Scrabble. Sukan ini biasanya dilabel sebagai sukan yang kurang penting dan kurang menarik di kalangan pelajar. Ini berpunca daripada kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti pelajar. Hal ini bermakna murid tidak gemar untuk bersukan sambil berfikir. Kebanyakan pelajar lebih gemar untuk banyak menggunakan fizikal daripada mental.
   Justeru itu, bagi ‘memanggil’ semua lapisan pelajar mendekati sukan ini dengan lebih mesra, pertandingan ini diadakan. Harapan pertandingan ini diadakan agar para pelajar akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dengan lebih baik dari sebelumnya.


2.0  TUJUAN
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar untuk bermain dan menguji minda pelajar semasa bermain Scrabble ini. Ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukan dalam diri para pelajar.Selain itu, bagi mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah.


3.0   OBJEKTIF
  • Membuka minda pelajar dengan lebih mendalam.
  • Menerapkan budaya sukan dalam kalangan pelajar.
  • Mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan pensyarah.
  • Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri pelajar.
  • Meluaskan pengetahuan para pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing.

4.0 MAKLUMAT AKTIVITI
Bilangan pelajar yang terlibat adalah 34 orang disertai dengan seorang pensyarah kursus. Bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada hari Sabtu bersamaan dengan 23 March 2019. Bertempat di Bilik Kuliah (BK1) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kampus A.


5.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi             : Persiapan hadiah, sarapan dan cenderamata
8.15 pagi             : Para pelajar diberi masa untuk mengambil gambar secara berkumpulan                                          dan  menghatar ke dalam grup whatsapp.
8.30 pagi             : Sarapan pagi.
8.45 pagi             : Pendaftaran semua pelajar berserta dengan pemberian cenderamata.
9.00 pagi             : Permulaan program.
9.15 pagi             : Bacaan doa.
9.30 pagi             : Peraturan permainan scrabble diterangkan oleh ahli jawatankuasa.
9.45 pagi             : Ketua juri mula mengagihkan kumpulan mengikut jadual perlawanan                                               yang telah disiapkan. 
10.00 pagi            : Peralatan scrabble mula diagihkan kepada setiap kumpulan.
10.15 pagi            : Perlawanan bagi berpasangan bermula.
10.30 pagi            : Perlawanan tamat.
10.45 pagi            : Permainan diteruskan dengan perlawanan bagi individu.
11.15 tengah hari : Permainan tamat.
11.30 tengah hari : Penyampaian hadiah kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. 
11.45 tengah hari : Ucapan pensyarah.
12.00 tengah hari : Bersurai. 


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL.
PERKARA
JUMLAH
1.
Sarapan pagi
RM2.50 x 34 orang
= RM 85.00
2.
Hadiah
RM187.00
3.
Cenderamata
RM2.00 x 34 orang
= RM68.00

Jumlah kesuluruhan
RM 340.00


7.0 AHLI JAWATANKUASA


8.0 PENUTUP
Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara pelajar dan pensyarah dalam misi kecergasan minda pelajar.

9.0  GAMBAR-GAMBAR


































KESIMPULAN 
Secara keseluruhannya, kami dapat mempelajari pelbagai perkara. Bagi pelajar yang menyertai kursus ini tanpa mengetahui cara bermain scrabble, kini telah dapat menambah ilmu juga mencungkil bakat dalam bermain scrabble. Manakala bagi pelajar yang telah mengetahui cara bermainnya, mereka boleh meningkatkan kemahiran yang telah ada dengan menyertai kursus Scrabble ini. Selain itu, para pelajar dapat mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. Sebagai contoh, pelajar daripada jabatan lain dapat berkenanalan dengan jabatan lain. Sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim dengan pensyarah kursus ini.  Di samping itu, masa pelajar yang terluang pada waktu petang dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah .  Oleh itu,  kami berpuas hati dan  berminat untuk menyertai kursus ini.                     








No comments:

Post a Comment

Pengurusan Aktiviti